GUNUNG SENYUM/GUNUNG JEBAK PUYUH

dsc01777GUNUNG SENYUMMONUMEN PERASMIAN HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM

Gunung senyum ini terletak di negeri Pahang di dalam daerah Temerloh berhampiran kawasan Felda Jengka Tiga Segi.Didalamnya terdapat gua gua yang menarik,diantaranya gua angin,gua terang bulan, gua kolam tujuh, gua kambing, guaq petir, gua gajah, gua hidang, gua kelawar,gua taliair, gua taman batu dan gua nisan.

Sementara bagi sesiapa yang berminat untuk menikmati pemandangan indah dan paku pakis hutan boleh juga mendaki ke puncak gunung senyum ini,terdapat trak bagi pendaki yang ingin mendaki ke puncak gunung senyum.untuk ke puncak pendaki akan melalui tiga base, base satu dikenali pinggiran senyum base 2 tebing curam, base 3 puncak hangus dan selepas itu puncak gunung senyum.

Sewaktu dizaman kanak kanak iaitu di sekolah rendah di Sek.Keb. Batu Sawar sekitar tahun 70 an saya pernah menjadi guide untuk sesiapa yang ingin mendaki ke puncak Gunung Senyum ini.

Sementara itu berhampiran dengan gunung senyum ini terdapat satu lagi Gunung iaitu Gunung Jebak Puyuh,gunung jebak puyuh ini terdapat berbagai jenis hidupan serengga dan tumbuhan liar yang hanya terdapat disini,gua gua yang terdapat disini serta lain lain benda masih berada didalam keadaan sediakala inikerana kawasan gunung ini kurang pendedahan kepada awam.

perkampungan disini iaitu Kampung Paya Gunung,tetapi Kampung itu sekarang ini sudah tidak ada penghuni lagi,dan sudah menjadi kampung yang ditinggalkan.

~ oleh hazaldin di Februari 22, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.