JENIS DAN SISTEM KOORDINAT MALAYSIA

Definisi Peta

Peta ialah Suatu lukisan yang menggambarkan sebidang kawasan yang diterangkan dalam bentuk simbol dan dibuat mengikut ukuran samada sama luas, sama bentuk , sama jarak dan sama arah.

Sifat – Sifat Peta

1. Dilukis mengikut skala

2. Dilukis secara pilihan

3. Dilukis menggunakan simbol piawai

4. Menunjukkan paramuka secara umum mengikut skala dan tujuan peta

5. menpunyai ciri – ciri tertentu spt petunjuk , tajuk ,huruf , No.siri rujukan dan maklumat

Tertentu.

6. berkaitan dengan sistem kodinat geografikal iaitu latitid dan logitud .

Jenis Peta

1. Peta Topografi 4. Peta Tematik 7. Peta Utiliti

2. Peta Bandar 5. Peta Pentadbiran Daerah

3. Peta Jalan 6. Peta Orthophoto

Spesifikasi Pemetaan dan Skala

1. Peta Bandar

Siri

Skala

Jenis Peta

L808

1 : 10000

Bandar Kuala Lumpur

L905

1 : 3000 – 1: 12 500 Bandar Semenanjung Malaysia
T 931 1 : 3000 – 1: 12 500 Bandar Sabah , Sarawak dan Labuan

2. Peta Topografi

Siri

Skala

Jenis Peta

L 7030

1 : 50 000

Topografi Semenajung Malaysia

L 8028

1 : 25 000

Topografi Semenajung Malaysia

T 738

1 : 50 000

Topografi Sabah , Sarawak , Labuan

T 835

1 : 25 000

Topografi Sabah , Sarawak , Labuan

Peta Di cetak

1. Verasi Terhad

2. Verasi Tidak Terhad

Kaedah Penomboran Siri Peta Baru

Kaedah nombor siri peta baru hendaklah terdiri dari lima ( 5 ) elemen iaitu Prefix, Skala

Wilayah / Kawasan , Nombor giliran dan kod Jenis .

1. Prefix

Prefix merujuk kepada penggunaan singkatan kepada nama negara Malaysia iaitu ” MY “

2. Skala

Skala ialah penggunaan julat skala yang merujuk kepada konvensyen antarabangsa yang

Sedang di gunapakai sekarang dengan pengubahsuaian iaitu :

Siri

Skala

1

1 : 5,000, 000 dan lebih kecil

2

1 : 1,000, 000 hingga lebih besar dari 1 : 5,000,000

3

1 : 500, 000 hingga lebih besar dari 1 : 1,000,000

4

1 : 100, 000 hingga lebih besar dari 1 : 500,000

5

1 : 50, 000 hingga lebih besar dari 1 : 100,000

6

1 : 25, 000 hingga lebih besar dari 1 : 50, 000

7

Lebih besar dari 1 : 25,000

8

Peta Bandar ( Pelbagai Skala )

9

Peta Tematik ( Pelbagai Skala )

3 . Wilayah / Kawasan

Wilayah ialah satu digit angka dengan merujuk kepada wilayah / kawasan kecil

Kod

Kawasan

0

Digunakan bagi peta yang meliputi negeri di semenanjung malaysia

1

Digunakan bagi peta yang meliputi negeri Sabah , Sarawak , Labuan

2

Digunakan bagi peta yang meliputi kawasan wilayah malaysia atauNegeri di semenanjung malaysia , sabah, Sarawak ,Labuan dalam satu lembar peta

3

Digunakan bagi peta yang meliputi negeri wilayah Malaysia dan negara jiran di sekitarnya

4. Nombor Giliran

Nombor giliran ialah Satu ( 1 ) atau tiga ( 3 ) digit angka yang digunakan untuk menunjukkan

bilangan sesuatu nombor siri bagi jenis peta yang meliputi kawasan dan julat skala yang

sama .

No. Giliran

Jenis peta

1 – 9

Nombor giliran bermula angka 1 – 9 bagi peta topografi ,peta bandar dan peta tematik

001- 999

Nombor giliran bermula angka 001 – 999 bagi peta rampaian

5. Kod Jenis

Kod jenis merupakan satu abjad yang di gunakan untuk merujuk kepada jenis peta .

Kod

Jenis Peta

T

Peta Topografi dan Peta Bandar Terhad

A

Peta Topografi tidak terhad ( Am )

B

Peta Bandar tidak terhad

R

Peta Rampaian

L

Peta Laporan

P

Peta Ortho Photo

U

Peta Utiliti bawah tanah

6. Peta Berdigit

Jenis Peta

Skala

Format

Harga Selembar

Peta Topografi Semenanjung Malaysia ( L7030 & DNMM 5101) 1: 50 000 DST , CAMS ( ASCII), DXF 960.00
Peta Topografi Sabah & Sarawak( T 738 & DNMM 5201) 1: 50 000 DST , CAMS ( ASCII), DXF 960.00
Peta Topografi Semenanjung Malaysia ( L8028 & DNMM 6102) 1: 25 000 DST , CAMS ( ASCII), DXF 300.00
Peta Topografi Sabah & Sarawak( T 835 & DNMM 6201) 1: 25 000 DST , CAMS ( ASCII), DXF 300.00
Peta Topografi Bandaraya Kuala Lumpur & Bandaran Sekitar( L808 & DNMM 6101) 1: 10 0001: 5 000 DST , CAMS ( ASCII), DXFDST , CAMS ( ASCII), DXF 950.00130.00
Peta Topografi Semenanjung Malaysia ( L905 & DNMM 8101) 1: 10 0001: 5 000 DST , CAMS ( ASCII), DXFDST , CAMS ( ASCII), DXF 440.0080.00
Peta Topografi Sabah & Sarawak( T 931 & DNMM 8201) 1: 10 0001: 5 000 DST , CAMS ( ASCII), DXFDST , CAMS ( ASCII), DXF 440.0080.00

7. Peta Geoid Malaysia – My Geoid

Model Geoid Malaysia iaitu MyGEOID mengandungi dua model asas iaitu WMGEOID 04 di semenanjung malaysia dan EMGEOID 05 di sabah dan sarawak .Model geoid ini dihasilkan daripada gravimetrik dan ketinggian ellipsod GPS diatas tanda aras .

Penghasilan peta geoid malaysia antara lainnya bertujuan untuk memudahkan pengguna GPS mendapatkan nilai ketinggian ortometrik model geoid yang dihasilkan telah dibuat analisis dan mendapat ketepatan pada tahap 5 sm bagi sabah dan sarawak . 2 sm bagi semenanjung malaysia

8. Siri Baru Pemetaan Malaysia

Bil

Siri baru Lama

Skala

Kawasan

1. MY 501 T dan MY 501 A L7030 1: 50 000 Semenanjung Malaysia
2. MY 511 T dan MY 511 A T 738 1: 50 000 Sabah , Sarawak dan Labuan
3. MY 601 T dan MY 601 A L 8020 1: 25 000 Semenanjung Malaysia
4. MY 611 T dan MY 611 A T835 1: 25 000 Sabah , Sarawak dan Labuan
5. MY 801 T dan MY 801 B L905 1: 3000, 1:12 500 Bandar Semenanjung Malaysia
6. MY 811 T dan MY 811 B T931 1: 3000 , 1 : 12 500 Bandar Sabah , Sarawak dan Labuan
7 MY 701 T dan MY 701 A L808 1: 10 000 Peta Bandar Lembah Klang
8 MYS 8201 R Peta Daerah

Spesifikasi Pemetaan , Skala dan Sela Kontur

  1. Peta Bandar

Siri

Skala

Jenis Peta

Sela Kontur

L808

1 : 10000

Bandar Kuala Lumpur 5 meter

L905

1 : 3000 – 1: 12 500 Bandar Semenanjung Malaysia 5 meter
T 931 1 : 3000 – 1: 12 500 Bandar Sabah , Sarawak dan Labuan 5 meter

2. Peta Topografi

Siri

Skala

Jenis Peta

Sela Kontur

L 7030

1 : 50 000

Topografi Semenajung Malaysia 20 meter

L 8028

1 : 25 000

Topografi Semenajung Malaysia 10 meter

T 738

1 : 50 000

Topografi Sabah , Sarawak , Labuan 20 meter

T 835

1 : 25 000

Topografi Sabah , Sarawak , Labuan 10 meter

3. Skala bagi plastik pruf siri L 808 adalah 1: 10000

Kekerapan Ulangkaji Pemetaan

Jenis Pemetaan Tempoh Ulangkaji
a.Kawasan bandar dan kawasan membangun 3 Tahun
b.Kawasan membangun bandar kecil dan persekitaranya 5 Tahun
c.Kawasan kurang membangun dan terpencil 10 Tahun

Tanda Lazim yang terdapat dalam sebuah peta

Tanda lazim terbahagi kepada 4 Bahagian iaitu :

a. Ciri Buatan

b. Tumbuh- tumbuhan dan Tanaman

c.Hidrografi

d. Relief

A. CIRI BUATAN

Ciri -ciri buatan yang ditunjuk dalam siri pemetaan ini terbahagi kepada 6 kumpulan

a. Lebuh Raya / Jalan Raya

b. Jalan Kereta Api

C. Ciri Berkaitan dengan Lebuh raya / Jalan raya dan Jalan kereta api contoh :

Jambatan , Terowong , Pembetung ,Jalan kaki ,

d. Bangunan

e. Sempadan contoh : Antarabangsa , Negeri, Bahagian / Jajahan, Daerah,Daerah Kecil,

Mukim dan Rizab

f. Ciri Buatan Lain contoh : Talian paip , Talian Penghantar Elektrik , Pagar ,Kubur , Kuari

B Hidrografi

Ciri – ciri hidografi yang ditunjuk dalam siri pemetaan ini terbahagi kepada 3 kumpulan

a. Ciri Hidrografi Semulajadi contoh sungai, tasik , air terjun , air panas

b. Ciri Hidrografi Buatan contoh tangki air, terusan ,takungan bekal

c. Ciri Berkaitan dengan Hidrografi contoh batuan, pasir , lumpur, jeti, empangan ,rumah api,

boya suar dan berup suar .

C. Relief

Ciri – ciri relief yang ditunjuk dalam siri pemetaan ini terbahagi kepada 3 kumpulan

a. Ciri relief Semulajadi contoh kontor , tanah runtuh, tanah berjeda , batuan bonjol

b. Ciri relief Buatan contoh benteng

c. Ciri Berkaitan dengan relief contoh stesen GPS ,stesen Trigonometri , tanda aras , titik

ketinggian

D. Sudutiswa dalam pemetaan

Ciri -ciri sudutiswa dalam pemetaan ini terbahagi kepada 3 kumpulan

a. Utara Grid

b. Utara Benar

c. Utara Magnet

E .Perbezaan Peta Topografi Terhad Dan Peta Topografi Tidak Terhad

a. Nilai Grid

b.Garisan Grid

c. Rujukan Grid

A. Definisi Unjuran Peta

Unjuran Peta ialah Suatu penyusunan untuk menggambarkan meridian yang terdapat pada permukaan spiar atau spheroid pada permukaan satah .

B. Klasifikasi Unjuran Peta

a. Unjuran Zenit / Azimut

b. Unjuran Kun

c. Unjuran Selinder

Unjuran Zenit / Azimut

Unjuran Azimut adalah hasil dari pengunjuran siratan garisan unjuran ke permukaan satah yang tangen ke glob secara perspektif dari titik punca dikenali sebagai unjuran pandang tirus.

Unjuran lain seperti unjuran azimut sama jarak dan unjuran azimut sama luas di kenali sebagai unjuran azimut bukan pandang tirus.

Unjuran Kun

Unjuran kun adalah terbit dari contoh membalut glob dengan segulung kertas khayali berbentuk kun dengan titik bucunya berbetulan dengan kutub dan muka kertas tercecah disepanjang garis lintang yang di pilih . prinsip unjurannya seperti berdasarkan perspektif dari titik puncanya mengunjurkan garis lintang dan garis bujur ke muka kertas unjuran yang dihasilkan apabila kun di buka rata kelihatan seperti garis lintang sepusat dan garisan bujur menjejari.

Unjuran Selinder

Unjuran Selinder adalah adalah terbit dari contoh membalut glob dengan satu segulung kertas khayali tercecah disepanjang garis khatulistiwa jika perspektif dari pusat glob semua garis lintang dan meridian di glob akan terunjur keatas permukaan kertas tersebut , hasilnya ialah satu garis unjur dengan garis lintang yang selari dan sama panjang dengan khatulistiwa dan semua garis bujurnya lurus dan sama jarak seperti khatulistiwa .

Stesen MyRTK net

A. Definisi Stesen MyRTK net- Real Time Kinematic

Stesen MyRTK Net terdiri daripada 26 stesen di Semenanjung Malaysia dan masing – masing 1 stesen di Sabah dan Sarawak . Ia merupakan satu jaringan stesen GPS kekal pada sela jarak 30 km ke 150 km untuk mengutip data secara berterusan bagi dibekalkan kepada pemprosesan melalui suatu jaringan komputer. Di samping itu ia akan menyediakan pusat pemprosesan bagi menerbit dan menghantar data pembetulan kepada pengguna bergerak yang boleh memberi kejituan sehingga ke tahap sentimeter bagi dense network dan ketahap desimeter bagi sparse network secara hakiki ( real -time ) . Data real-time ( 1- 3 jam ) stesen rujukan bagi pengguna post -processing differential GPS untuk seluruh negara .

B. Sistem MyRTKnet terdiri daripada

a. Sistem GPS

b. Teknologi maklumat

c. Teknologi komunikasi wireles

C. Stesen MyRTKnet

a. Semenanjung malaysia 26 stesen

1.Rantau Panjang 7. Mersing 13. JupemMelaka 19. Kuala Kubu Baharu 25.Grik
2.Gua Musang 8..Kluang 14.Banting 20. Jupem Ipoh 26.Balik Pulau
3. Marang 9.Tg. Pengering 15.K. Klawang 21.Pulau Pangkor
4.Pekan 10.Kukup 16. UPM Serdang 22.Bandar Baharu
5. Temerloh 11. Johor Baharu 17.Sg Petani 23. Langkawi
6. Nibong Tebal 12.Kapar 18. Selama 24.UUM Sintok

b. Sabah 1 stesen

1. UMS Kota Kinabalu

c. Sarawak 1 stesen

1. UMAS Kuching

STESEN GEODETIK MALAYSIA

A. Definisi Stesen MASS – Sistem GPS Aktif Malaysia

Stesen Mass terdiri daripada 18 stesen GPS aktif yang menjejak satelit GPS yang terletak pada 20,000 km di angkasa lepas , terletak diloksi strategik di seluruh negara pada sela 200 ke 300 km . Stesen mass ini menjejak satelit GPS 24 jam sehari secara berterusan dimana data ini disimpan dalam bentuk fail setiap jam dan dipindah ke pusat pemprosesan data Geodesi di Kuala Lumpur setiap hari. Stesen Mass juga boleh di gunakan dalam kajian geodinamik seperti memantau pergerakan crustal ufuk dan tegak bagi hubungan diantara jaringan GPS dengan aras purata laut dua stesen MASS telah didirikan di stesen STAPS di Geting bagi semenanjung malaysia dan Bintulu bagi sarawak . Data STAPS dan MASS digunakan secara bersepadu bagi memantau kedudukan pasang surut dan mengawal Sistem Rujukan Spatial Negara .Kajian saintifik juga boleh dilakuan dengan menggunakan data -data GPS untuk mengukur TEC ( Total Electron Content ) didalam ionosfera untuk mengukur kelembapan udara. Data GPS akan dikemaskinikan secara automatik , data GPS dalam bentuk Rinex yang boleh didapati adalah data cerapan , data Navigasi dan data Meteorologi .

B. Sistem Mass terdiri daripada

a. Rangkaian stesen Kekal

b. Infrastruktur komunikasi

c. Pusat kawalan stesen mass dan pemprosesan data

C. Stesen Mass

a. Semenanjung malaysia 10 stesen

1.UiTM Arau Perlis 6. UTM Skudai Johor Bharu
2.USM Pulau Pinang 7. Jupem Kuantan Pahang
3.Politeknik Ungku Omar Ipoh Perak 8. Bukit Pak Api Kuala Terengganu
4.Instun Behrang Tanjung Malim Perak 9. Geting Tumpat Kelantan
5.Wisma Jupem Kuala Lumpur 10.UiTM Segamat Johor

b. Sabah 3 stesen dan Labuan 1 stesen

1. Tanjung Dumpil Kota Kinabalu 3. Tawau
2.Sandakan 4.Labuan

c. Sarawak 4 stesen

1.Politeknik Kuching 3. Miri
2. Bintulu 4. JKR Sibu

D.Hasil dan Produk Stesen Mass

i.Vektor koordinat dan Velocity

ii. Efemeris satelit GPS yang berkejituan tinggi

iii. Parameter putaran bumi

STESEN TOLOK AIR PASANG SURUT ( STAPS )

A. Definisi Stesen STAPS – Sistem Tolok Air Pasang Surut

Stesen STAPS terdiri daripada 12 stesen di Semenanjung Malaysia dan masing -

masing 5 stesen di Sabah dan 3 stsesn di Sarawak serta 1 stesen di Labuan .

Objektif utama ialah untuk menentukan nilai -nilai aras laut dibeberapa tempat

di perairan malaysia digunakan bersama rangkaian aras jitu bagi menetapkan Datum

Tegak Geodesi Semenanjung Malaysia ( DTGSM ) bagi menggantikan Land Survey

Datum (LSD 1912 ) sebagai rujukan kebangsaan baru untuk sistem ketinggian di

Semenanjung Malaysia.Kerja pengumpulan data air pasang surut dibuat secara

berterusan dan nilai Aras Laut Min ditentukan semula untuk dijadikan rujukan bagi

penentuan datum tegak yang baru .Pelabuhan Kelang dipilih sebagai rujukan aras

dalam penubuhan Datum Tegak Geodesi Semenanjung Malaysia ( DTGSM )

berdasarkan keatas cerapan bagi tempoh 10 tahun ( 1984 – 1993 ). Pada tahun 1994

satu monumen dibina di Ibu pejabat JUPEM Kuala Lumpur. Ukuran dijalankan dari

stesen air pasang surut Pelabuhan Kelang ke monumen ini secara ukur jitu dan

ukuran graviti .

B. Aras Laut Min ( MSL )

Aras Laut Min berubah mengikut tempat disebabkan perubahan ketumpatan air laut.

MSL sentiasa berubah -ubah dari masa kesemasa ,masa cerapan yang panjang

diperlukan bagi mendapat aras laut min. Bulan merupakan faktor utama dalam

kejadian air pasang surut maka cerapan haruslah dibuat secara berterusan dalam

tempoh satu pusingan bulan penuh atau 18.6 tahun. Walau bagaimanpun nilai

tersebut masih dipengaruhi oleh faktor lain seperti Jarak Geopusat ( Geocentric

Distance ) ,Oseanografi , Cuaca dan Astronomi.

Kaedah MSL Di cerap

  • MSL harian boleh didapat dengan cara cerapan air pasang surut setiap jam dan di puratakan .
  • MSL bulanan iaitu jumlah nilai purata harian dan dibahagi dengan bilangan hari dalam bulan tersebut .
  • MSL tahunan iaitu jumlah nilai purata bulanan dan dibahagi dengan 12 bulan ( setahun )

C. Jenis Air Pasang Surut

  • Semi Harian anggaran masa 12 jam

- F _< 0.25

- Dimana F = ( H’ +Ho ) /(Hm + Hs )

  • Harian anggaran masa hari

-F > 3.0

  • Campur ( Semi Harian Dominan )

-0.25 < F _< 1.5

  • Campur ( Harian Dominant )

-1.50 < F -< 3.0

D. Peralatan Yang Digunakan

1. Model L TT – 3AD – data simpan dalam pita rakaman

2. Model DFT – 1 – data di simpan didalam I / C memory

  • Menggunakan sistem pengukuran secara pelampung
  • Sistem ini menukarkan pengukuran cerapan air pasang surut secara analog kepada bentuk digital menggunakan analogue digital converter.
  • Data disimpan dalam I / C memory ( I Mega byte)
  • Data dikutip setiap 2 bulan

E. Stesen STAPS

a. Semenanjung malaysia 12 stesen

1.Pulau Langkawi kedah 7. Jeti Kastam Johor Bharu
2.Pulau Pinang 8. Tanjung Sedili Johor
3.Lumut Perak 9. Pulau Tioman Pahang
4. Pelabuhan Kelang Selangor 10. Tanjung Gelang Pahang
5. Tanjung Keling Melaka 11. Pelabuhan LKIM Cendering Terengganu
6. Kukup Johor 12.Pelabuhan LKIM Geting Tumpat Kelantan

b. Sabah 5 stesen dan Labuan 1 stesen

1. Kota Kinabalu 4. Tawau
2.Sandakan 5. Lahad Datu
3. Kudat 6.Labuan

c. Sarawak 3 stesen

1. Kuching 3. Miri
2. Bintulu

STESEN GRAVITI

A. Definisi Stesen Graviti

i.Bagi memberikan pembetulan ortometrik pada setiap beza tinggi.

ii.Memberi nilai N ( geoid undulation ) dan seterusnya mengujudkan peta geoid

iii.Perbezaan tarikan graviti disebabkan oleh

a. Putaran bumi

b. Perbezaan jarak dari pusat bumi

c. Bahan Kandungan dalam bumi

B. Peralatan Yang Digunakan

i.La Coste & Romberg Air / Sea Gravimeter S- 99

C. Stesen Graviti

a. Stesen Graviti Kelas Pertama

Nama Stesen Jarak Selang
1.Semenanjung Malaysia (PMGSN 89 ) – 180 titik 30 – 50 km
2. Sarawak (SSGSN 98 ) – 56 titik 15 – 25 km
3. Sabah ( SBGSN 99 ) – 71 titik 15 – 25 km

Ketepatan 30 ugals

b. Stesen Graviti Kelas Kedua

Nama Stesen Jarak Selang
1.Semenanjung Malaysia 1993 – 1242 titik 1 – 5 km
2. Sabah 1999 – 51 titik 5km

Ketepatan 50 ugals

c. Stesen Graviti Kelas Ketiga

Nama Stesen Jarak Selang
1.Semenanjung Malaysia – 1410 titik Grid 25 km

Ketepatan 100 ugals

SISTEM KOORDINAT GPS

A. Sistem koordinat GPS menggunakan Datum WGS 84 – World Geodetic System 84

i. Ciri – ciri sistem koordinat WGS 84

a. Jenis cartesian 3 Dimensi

b. Pusat di tengah isipadu bumi

c. Paksi X , Y, Z beredar mengikut putaran bumi

ii . Nilai ketinggian dalam WGS 84 berpandukan kepada Ellipsod WGS 84

iii. Multipath didalam GPS adalah isyarat GPS diterima daripada beberapa sumber .

iv. Cycle Slip adalah apabila receiver hilang bilangan jarak gelombang penuh.

v. GPS code adalah termasuk C/ A code dan Precise code

vi. SPS dan PPS dalam GPS adalah :

Standard positioning system dan Precise positioning service

vii.SA dan AS dalam GPS adalah :

Selective Availability dan Anti -spooling

viii. Perbezaan di antara pengukuran Carrier Phase dengan pengukuran Pseudo Range

adalah Penentuan integer ambiguities.

B . Jenis DOP – Dilution Of Precision ( DOP )

a. GDOP – Geometrical Dilution Of Precision

Latitude , Longitude , ketinggian dan time

b. PDOP – Positional Dilution Of Precision

Latitude , Longitude , ketinggian

c. HDOP – Horizontal Dilution Of Precision

Latitude dan Longitude

d. VDOP – Vertical Dilution Of Precision

Ketinggian

e. TDOP – Time Dilution Of Precision

Time

Ketepatan sesuatu cerapan GPS bergantung kepada beberapa faktor diantara adalah

Dilution Of Precision ( DOP ) ialah

i.Semakin kecil nilai DOP semakin tinggi ketetapan pengukuran

ii.Nilai DOP sentiasa berubah mengikut lokasi geografi.

iii.Nilai DOP berubah dengan jumlah bilangan satelit diangkasa.

iv.Nilai DOP berubah pada lokasi yang sama walaupun pada masa yang berlainan

C. Sistem Koordinat GDM 2000- Geocentric Datum Of Malaysia 2000

i.Sistem rujukan ellipsoid bagi Malaysia Revised Triangulation ( MRT 48) adalah

Modified Everest.

ii.Sistem rujukan ellipsoid bagi Borneo Triangulation ( BT 68 ) adalah

Modified Everest.

iii.Sistem rujukan ellipsoid bagi GDM 2000 adalah GRS 80

iv. Rujukan origin ( datum ) bagi Malaysia Revised Triangulation ( MRT 48) adalah

Kertau.

v. Rujukan origin ( datum ) bagi Borneo Triangulation ( BT 68) adalah Timbalai.

vi. Rujukan frame bagi koordinat GDM 2000 adalah ITRF 2000

vii Formula ( model ) yang digunakan untuk transformasi koordinat di malaysia

adalah Bursa_Wolf.

viii.Map projection yang di gunakan di semenanjung malaysia adalah RSO.

x.Map projection yang di gunakan di sabah dan sarawak adalah Borneo RSO.

xi. Format bagi data-data Malaysia Active GPS System ( MASS) adalah Rinex.

Dengan usaha yang tidak seberapa ini,Saya cuba mrncari seberapa banyak bahan¬† untuk menjadi bahan rujukan bagi saya sendiri di samping itu kita gunakanlah bersama ,Semuga sahabat sahabat di seksyen topografi atau mana seksyen atau bahagian sekalipun yang membaca blog saya ini berjaya di peperiksaan PTK yang akan menjelang nanti…. Selamat Berjaya’

Dari ;  hazaldin taib topografi  barat, kuala lumpur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s