LAWATAN KE SABAH

Untuk melihat photo lain sekitar lawatan ke Sabah bah…. sila klik disini

Pada 16.12.2008 Saya berkesempatan melawat kenegeri dibawah bayu iaitu Negeri Sabah,perjalanan menaiki pesawat memakan masa lebih kurang 2.30 jam bertolak dari LCCT KLIA pada pukul 12.00 tengahari dan sampai ke Air Port KK lebih kurang pukul 2.35 ptg kami di sambut Olih En Alvin dari Inno Travel Agency.Di KK atau Kota Kinabalu kami menginap di Sangri La Hotel KK.

Sebelah malam kami cari tempat makan yang simple aje di tepi laut pasar malam yang berhadapan Hotel Meredium, lepas makan tak pergi kemana mana balik hotel tarik selimut aje sebab besok pagi kami akan berjalan agak jauh iaitu mengikut jadual lawatan ke Rungus Longhouse dimana disini kegiatan penternakan lebah madu yang diusahakan olih suku kaum Rungus dan langsung ke Tip Of Borneo, Tip Of Borneo ini ialah di penghujung Pulau Borneo di mana disini lah Ferdinnanad Maggelen sampai( ,klik disini untuk photo kami di Tip of Borneo dan photo yang lain sewaktu lawatan)

18.12.2008 .8.30 pagi kami bertolak ke distinasi iaitu ke Rungus Longhouse,disini kami dapat melihat kegiatan ekonomi suku kaum Rungus menjalankan kegiatan Penternakan Lebah Madu yang telah di Komersialkan. Selepas di Rungus Longhouse kami ke ” Tip Of Borneo ” di penghujung Borneo, disepanjang perjalanan menyusuri jalan itu kami di beri penerangan olih pemandu pelancung kami En Max dari Inno Travel berkaitan dengan masyarakat dan kebudayaan mereka bagi negeri Sabah suku kaum utama mereka ialah Kadazan dan Bajau, kebanyakan penduduk sekitar ini berugama Kristian ,memang saya lihat sekitar laluan perjalanan kami ke Tip Of Borneo kami lihat lebih banyak gereja dari surau.Sebelum ke Tip of Borneo sempat juga kami singgah sekejap di Rumah Panjang Rungus.

Lebih Kurang 2.00 ptg kami sampai ke Tip Of Borneo, memang tempat ini menarik tanjung ini memanjang ke laut dan di kelilingi air laut dan tempat ini telah dibina begitu menarik.Satelah habis sesi mengambil gambar hujan mulai turun dan kami pun bergegas balik kerana untuk makan tengah hari.Di perjalanan balik ke Kota Kinabalu kami singgah di perkampungan membuat Gong,gong yang dibuat dari sekecil kecil sahingga besar Buldozer.

19.12.2008 . 7.30 Pagi Saya bertiga dan 3 orabg lagi anak anak abang Razai sudah sedia untuk ke Kinabalu Park.Abang Razai dan Kak Sham tidak pergi kerana mereka sudah pernah melawat kesini.jadi kami 9 orang aje lah yang pergi,bersama dengan van kami turut serta 3 orang pelancung asing 2 dari England( couple ) 1 dari German.Sampai di Kinabalu Park gi Jungle Traking dan tengok hutan lepas tu naik Canopy Wolk turun Canopy Walk pegi rendam kaki dengan air panas. Balik dari sini singah di Pekan Nabalu beli cenderamata kemudiaan blah balik ke KK sampai KK awal sikit hari ini 4.40 ptg, malam lepak bilik dan tidur.

20.12.2008. Hari ini progrem hanya sekitar KK aje melawat kat Pasar Filipin beli batu mutiara dan keliling KK tapi masih guna khidmat Inno Travel yang bawak kami hari ini en Wolter keliling KK gi Bangunan Tun Dato Mustafa,gi Kompleks beli belah terbesar di KK Atnium dan keliling sekitar Kg Kg di KK langsung ke Air Port.Keluarga Abang Razai naik Jam 8.15 mlm dan saya 9.15 mlm, sampai LCCT KLIA jam 11.35 mlm.

video clip , Tip of Borneo ‘ sila klik disini.

Nak borak borak…nak bagi komen… nak baca komen…. klik disini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s