ASKAR AMERIKA [1992]

Sekitar tahun 1993 pihak JUPEM seksyen Topografi pernah menjalankan kerja ukuran dengan kaedah GPS bersama dengan pasukan dari askar amerika yang terdiri dari 4 orang anggota nya.Waktu itu seksyen Geodesi masih dibawah Seksyen Topografi Semenanjung, tetapi didalam kerja kerja cerapan GPS seksyen Geodesi masih mengunakan anggota atau kakitangan dari seksyen topografi wilayah tetapi ia melibatkan keempat empat seksyen topografi semenanjung,barat di kuala lumpur,timur dikuantan,selatan disegamat dan utara di taiping.

Berbagai masalah sewaktu menjalankan kerja cerapan GPS,khasnya sewaktu untuk sampai ke distinasi atau point yang hendak dicerap. Waktu itu data dari satelit hanya bolih di ambil diwaktu malam ini kerana satelit amerika hanya melalui ruang angkasa malaysia waktu malam sahaja 10.00 malam hingga ke 5.00 pagi.Waktu itu point atau setesen GPS tidaklah sebanyak sekarang bilangannya.semua setesen berada diatas bukit dan jauh antara setesen dengan setesen yang lainnya,tambahan lagi peralatan GPS dan aksesorinya sangat berat terutama bateri,bateri yang digunakan ialah bateri kereta yang beratnya hampir 20kg, semua peralatan ini mesti dibawa ke setesen GPS yang ketika itu berada diatas bukit umpamanya setesen DOP Bukit Kertau di Chenor Pahang,Bkt Shah di Kuantan dan setesen yang lainnya.

foto di atas bersama Mr Dick sewaktu membuat cerapan di Dop Kertau ,Chenor Pahang,kakitangan JUPEM W.Barat, foto kiri dari kiri Penulis,YM Raja Abd Manan,Mr Dick dan En Rosli Tumin [ Sekarang sebagai Pengawal Keselamatan JUPEM Ibu Pejabat ]

Alat GPS Trimble yang di punyai olih askar amerika.Waktu itu peralatan GPS yang JUPEM gunakan adalah jenama Astech yang mengunakan bateri kereta.Sewaktu bekerjasama dengan askar amerika ini masalah yang paling utama ialah komunikasi,kami dari topografi barat ini sebilangan besarnya kakitangan tidak mahir berbahasa inggeris dan cuma yang pandainya ‘ yes ‘ ‘ no ‘ aje,tapi macamana pun kami berbangga juga ada diantara kakitangan rendah yang memang pandai bahasa inggeris dia orang lah yang menjadi jurubahasa kami di antara nya YM Raja Abdul Manan [ sudah meninggal dunia arwah alfatihah untuk beliau ]dan En Razalli Muis yang sudah beberapa tahun bersara.

Sewaktu bersama askar mat saleh ini best kem kami diJohor Bahru berhampiran Pantai Lido yang sekarang ini Danga Bay.Cuba lah bayangkan best kem di Johor Bahru tetapi menjalankan kerja ke Chenor [ Bukit Kertau ] Pahang, dan satelah habis membuat cerapan di Bukit Kertau kami akan kembali ke Johor Bahru untuk muat turun data dan selepas itu akan bergerak pula ka distinasi lain pula.

foto di atas ketika bersama Mr Kervick membuat cerapan di Gelang Patah, Johor.

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Diantara cerapan ditempat tempat atau setesen GPS yang lain sekitar tahun 90 an yang agak sedikit mencabar ialah saperti di Tasek Kenyir,saya masih ingat kami berlepas dari Empangan Hidro Sultan Mahmud Kuala Berang untuk ke setesen Sg Cacing memakan masa 8 jam dengan menaiki boat,kami sampai kasetesen Sg Cacing hari telah senja, masa cerapan ialah pukul 11.00 malam hingga 5.00 pagi,walaupun masa di ambil untuk kedistinasi agak lama tetapi selama cerapan dibuat aktiviti yang dijalankan ialah menangkap ikan menjaring dan memancing, ikan disini memang banyak dan sungguh seronok bagi yang kaki pancing.

Satelah selesai cerapan kami berlepas balik dalam pukul 7.30 pagi, kerana kami tidak dibenarkan meneruskan perjalanan sewaktu keadaan gelap kerana sekitar tasek kenyir ini masih banyak tunggul atau pokok yang telah mati tetapi belum di tebang akan membahayakan kepada pejalan yang melalui sekitarnya.Di Empangan pula semua perjalanan tidak dibenarkan selepas pukul 1.00 tengahari.

Nasib kami agak kurang baik apabila di perjalanan balik ke Empangan Kuala Berang, boat kami di pukul ribut, kesemua peralatan habis basah dipukul ribut tetapi nasib kami agak baik juga kerana pemandu boat yang memandu boat itu sempat mendaratkan boat kami ke tepi tasek sementara manunggu ribut reda.Kami sampai ka Empangan Hidro hari telah gelap.

foto diatas adalah boat yang digunakan sekitar Tasek Kenyir untuk memancing atau lain kegunaan saperti menebang kayu balak yang didalam tasek kenyir.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s