CERAPAN ANAK BULAN

Setiap tahun apabila tiba hari kebesaran bagi ugama islam,terutamanya bila penentuan awal ramadhan,awal syawal ,awal bulan zulhijjah dan awal bulan islam iaitu awal muharram akan timbul isue penetapan awal bulannya,disini saya bukanlah ingin memberi komen berhubung isue ini,tetapi saya hanya ingin memperkatakan perihal tempat bagi melihat anak bulan tersebut sebab saya bukanlah orang yang layak memperkatakan isue ini.

Dahulunya di Wilayah Persekutuan sudah ada tempat bagi mencerap anak bulan[ mencerap adalah istilah bagi melihat anak bulan ] iaitu di Bukit Besi berhampiran Bandar Tun Razak, Cheras dimana terletak pemancar Telekom tertinggi di Kuala Lumpur

Satelah beberapa tahun cerapan dilakukan di bukit besi cheras maka menara kuala lumpur pun dibina dan satelah siap pehak JAWI pun mahu memindah kan pusat melihat anak bulan dari bukit besi ke menara kuala lumpur, maka dengan kerjasama JUPEM dan JAWI berpindahlah pusat melihat anak bulan dari bukit besi ke menara kuala lumpur.

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa pembinaan. Fasa pertama dimulakan pada Oktober 1991 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan pembinaan ditumpukan pada tapak menara dan tingkat bawah tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk selesai pada 15 April 1993.

Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM iaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milik Radio Televisyen Malaysia dan NTV7 siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya.

Menara Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi dan Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran. Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, pawagam, restoran dan pusat penerangan.

Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi.Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya dipengaruhi oleh seni bina Islam.

Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Satu lagi Lokasi untuk mencerap anak bulan di Wilayah Persekutuan Kuala LUmpur ialah di bangunan Puasat Konvension Antarabangsa Putrajaya.atau PICC

En Hazaldin dari JUPEM Topografi W.Barat Kuala Lumpur sedang membuat cerapan Hilal Syawal pada 29hb Syawal pada 29hb Ramadhan 1429 di PICC Putrajaya

En Zabidi dari JUEM Topografi W.Barat sedang membuat Cerapan Hilal Syawal di PICC Putrajaya.29hb ramadhan 1429 [ 29hb september 2008 ]

Pegawai dari JUPEM Topografi Wilayah Barat En Nizam dan En Rosli ketika membuat cerapan Hilal di PICC Putrajaya.

Kelihatan En Saiful ,En Halim ,En Nizam Pegawai dari JUPEM Topografi Barat KL. sedang membuat cerapan Hilal di PICC Putrajaya.28hb feb 2006

Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.

Pelancongan

Tasik di Putrajaya.

Tasik di Putrajaya.

Selain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan, Putrajaya juga terkenal dengan keindahan serta tarikan pengunjung. Antara tarikan pelancongan yang terletak di sekitar Putrajaya adalah :

Catatan;

Sumber asal dari Wikipedia

Lain lain foto sewaktu cerapan hilal di Menara Kuala Lumpur. klik aje kat sini

Advertisements

One response to “CERAPAN ANAK BULAN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s