DI TOPO BARAT 1990……

8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Satelah hampir 7 tahun di Ibu Pejabat dan dah naik pangkatpun konon…tapi saya cukup bersykur pada allah s.w.t .maka pejabat pun berpindah, dengan berpindahnya pejabat saya pun pindah tempat kerja dari Ibu Pejabat ke cawangan kerjaluar cawangan topografi wilayah barat dan bermula lah era mengembara membuat peta diseluruh Semenanjung Malaysia, seronok kerja macam ini,

Kerja yang macam ini lah yang saya impikan semasa berada disekolah rendah dahulu, kerja jalan jalan sambil tengok tempat orang, itu sebab waktu mula mula saya kerjaluar dulu dan terima elaun apa yang saya beli dahulu ialah kamera [ untuk merakam setiap tempat yang saya pergi kerja ] dan kedua mesin taip, waktu itu komputer ini semua tidak ada, kalau tak silap saya yang ada cuma di ibu pejabat.

Pendaftaran masuk keTopografi W.Barat dengan PPUT W.Barat waktu ialah YB Datuk Haji Mohd Alwi Che Mat dan sekarang ketua perhubungan UMNO Kelantan dan bekas ahli parlimen Ketereh Kelantan,selang beberapa bulan beliau digantikan dengan arwah En Khairudin Samijo [ sedah meninggal dunia sedekahkan alfatihah untuk beliau ]sewaktu bekerja dibawah arwah PPUT En Khairuddin,banyak pengalaman yang telah dilalui diantaranya sewaktu bekerja pengukuran sempadan negeri antara Negeri Pahang / Perak yang berpejabat sementara di Berincang C.Highland,pengukuran sempadan dibuat bermula dari gunung Berincang dan ketua team ketika itu En Supian Manap yang sekarang ini berkhidmat di JUPEM Sabah setelah dinaikkan pangkat.Kerana sudah menjadi tradisi agaknya bila naik pangkat kena tukar !….itu sebab saya tak mahu naik pangkat..bioo le macam ini..

Sewaktu PPUT arwah En Khairuddin lah bermula nya pimbinaan bandar Putrajaya,pihak topografi wilayah barat dipertanggungjawabkan untuk membuat kerja kerja pemetaan sekitar Putrajaya [ dahulunya di panggil Estet Perang Besar ] Pengarah Ukur Topografi waktu itu Tuan Haji Mohaizi [ sudah berhenti dan buka firma ukur sendiri ]keluasan yang diukur untuk pembinaan bandar Putrajaya waktu itu lebih kuarang 20km persegi,berbagai cabaran dan halangan sewaktu menjalankan kerja ukuran tersebut, diantaranya ular perkara biasa disebabkan estet Prang Besar itu adalah bekas ladang k.sawit golden hope .Perojek membuat kerja topografi sekitar Ladang Prang Besar [ Putrajaya ] merupakan projek terbesar yang dibuat olih JUPEM Seksyen Topografi.

Selain dari kerja kerja kerja pemetaan cawangan topografi wilayah barat juga terlibat didalam kerja pengukuran sempadan negeri dan antarabangsa khususnya diantara negara jiran kita Indonesia dan Thailand.Selepas PPUT arwah En Khairuddin Samijo digantikan pula olih En Zulkefli Sidek [ sekarang Timbalan Pengarah Ukur W.Persekutuan ]beliau cuma bertugas selama tiga bulan dan digantikan oleh En Amran, En Amran juga agak lama kalau tidak silap hampir enam tahun.Sewaktu En Amran topografi W.Barat telah berpindah ke Bangunan Anjung Felda di bangunan FELDA.Selepas En Amran digantikan pula olih En Salim sebagai PPUT W.Barat kelima yang pernah saya berkhidmat,En Salim merupakan seorang yang penuh berdisplin dan tegas tetapi macamana pun dari segi kebajikan beliau cukup mengambil berat.

En Salim berada di cawangan topografi wilayah barat lebih kurang dua tahun selepas itu beliau ditukarkan ke Perlis dan digantikan pula olih En Fairuzam,En Fairuzamlah yang menghidupkan perojek Sistem Pemetaan berkomputer yang sedang dilaksanakan sekarang,nampaknya perojek ini berjaya.En Fairuzam sekarang ini berada diluar negeri sambung belajar dan diganti pula En A.Rahman,

En A.Rahman bertugas di topografi barat agak lama juga hampir lebih dua tahun tetapi beliau sebelum itu telah pernah menjadi PPUT tetapi di cawangan Selatan [ Segamat ]dan sekarang beliau telah dinaikkan pangkat ditukarkan ke Ibu Pejabat Topografi Semenanjung,biasa lah apabila ada pertukaran mesti ada pula pengantinya, kalau tidak semua kami kat sini nak jadi boss susah pulak,jadi tempat En Abd Rahman di ganti olih En Mustafa Sahim,memang kami kat wilayah barat ini telah agak lama kenal beliu sebelum beliau masuk ke JUPEM lagi,Selamat datang Boss.. sabar laa.. dengan kerenah kami semua ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s