Selain menjalankan kerja disekitar Pulau Pulau dan disekitar Lumut ada waktunya kami bercuti,bercuti bukan lah bermaksud kami sengaja tidak mahu bekerja tetapi kekadang bila bekerja di Pulau pulau ini,keadaan laut bergelora,angin hujan sangat sangat memainkan peranan,walaupun kami mahu menyiapkan kerja secepat mungkin tetapi pemandu bot tidak berani turun kelaut kerana laut ombak kuat jadi terpaksalah kami cuti.Jadi untuk mengisi masa yang terluang masing masing menjalankan berbagai aktiviti,bagi saya disinilah waktunya untuk jalan jalan.
Pagi lagi kami ke Jeti Lumut,ambil tiket feri RM10.00 seorang untuk pergi/ balik,sampai seberang [ Pangkor ] ambil motosikal RM12.00 seorang untuk 3 buah motosikal RM60.00 kongsi 5 orang.
Sampai Pantai Teluk Nipah ambil bot lagi RM50.00 untuk round pulau pulau kecil sekitar pangkor serta mandi manda,kebetulan bawa SLR dengan Nikkon 55mm – 300mm Zoom lens lah tu apa lagi tembak aje la.. nak tengok apa yang di tembak klik disini…
Hari dah petang tapi belum makan, mandi punya pasal lapar taa pa.. dah habis round pulau pulau ikan pun dah bagi makan dengan biskut tapi kami sendiri belum makan. Sampai balik pantai teluk ni[ah dalam pukul 4.00 ptg makan selera bukan main lapar lah , lepas makan balik lah tapi didalamm perjalanan balik sempat juga singah kat hotel ambil gambar.. Sampai Pekan Pangkor shoping ikan bilis,keropok kemudian balik dengan bot pukul 6.30 ptg.