PARIT BUNTAR. 9/08

RAMADHAN DIPARIT BUNTAR PERAK SEPT 2008

Disamping kerja kerja lain di Cawangan Topografi W.Barat, satu kerja yang agak mencabar jugaialah kerja ukuran Titik Kawal Bumi,kerja ukuran ini di buat satelah pengambilan fotoudara dibuat dan kawasan yang akan dibuat cerapan Titik Kawal Bumi ini ditentukan bergantung kepada fotoudara daerah atau mana mana tempat yang diberikan.Bagi kerja Titik Kawal Bumi di Parit Buntar ini adalah salah satu kerja Titik Kawal Bumi yang kami buat,selain itu telah banyak kawasan yang telah di buat hampir setiap bulan kerja titik kawal bumi ini kami jalankan.

Untuk melihat photo yang lain sila klik pada photo diatas

Salepas menjalankan kerja semakan kualiti di Sekitar Temerloh,Jengka dan Jerantut bulan lepas [ ogos ]ini nak cerita pasal kerja semakan kualiti di Jengka sikit krew semakan kualiti Jengka nak mengucapkan terima kasih kepada keluarga En Zabidi kerana pehak kami telah banyak juga self budjet kerana telah beberapa kali makan kenduri di rumah beliau sempena pernikahan adik beliau ‘ Terima kasih Bidi ‘.

Berbalik cerita pasal kerja ‘ CATMAPS ‘ Parit Buntar,diatas kerjasama kawan topo En Khairy atau nama top kat topo barat ni ‘ kari ‘ sebab dia pandai masak dan pernah jadi Chaef kapal,beliau telah mendapatkan Balairaya Kg Titi Serong ( Sila Klik Kg Titi Serong )bagi krew topo barat berteduh ‘ Terima kasih kari ‘.

Seronok juga kerjaluar macam ini,berpuasa diperantauan ramai dan berbuka ramai ramai, member ini beli ini dan yang ini beli kueh ini dan bila balik berbuka ramai ramai, lepas berbuka makan lebih kurang jam 10.00 malam kami keluar kerja, sebab kerja Titik Kawal Bumi dengan kaedah GPS ini hanya pasang peralatan dan kemudian tunggu aje, tunggu ini untuk melihat bateri alat tersebut atau tajut peralatan ini di ambil orang.

Diparit buntar ini kami tiap hari pergi kepasar ramadhan, berlainan negeri ini Pekan Parit Buntar ini terletak di tepi tiga negeri P.Buntar Perak / Bandar Bahru Kedah dan Bagai Serai P.Pinang.

Tempat tinggal kami cukup selesa iaitu Balairaya Titi Serong,mengikut sejarahnya bagaimana Kg Titi Serong mendapat nama adalah dari sebuah titi yang merentasi Sungai di kampun ini menyerong, tetapi memang benar titi yang merentasi sungai ini memang menyerong.Balai raya tempat kami tinggal ini sering digunakan untuk berbagai aktiviti terutamanya pada hari rabu, balairaya ini digunakan untuk mesyuarat Amanah Ikhtiar.

Selepas berbuka puasa dan bertarawih dalam pukul 10.00 malam anak anak topo ini sering pergi menjamu selera ka warung atau kemana sahaja, tetapi yang paling terkenal di Parit Buntar ini ialah kerang bakar atau rebus,memang cukup menyelerakan sekali, sewaktu pertama pergi ke warung tersebut pada mulanya kami ingatkan tempat ini sedang mengadakan majlis berbuka atau kenduri tetapi rupanya mereka sedang menjamu selera dengan kerang rebus,dipinggir jalan sekitar laluan disini penuh dengan kereta.’ “Terima kasih Boss “kerana telah belanja kami makan kerang rebus malam itu.

Satelah hampir dua minggu disini kerja pun selesai dan suasana kehangatan hari raya sudah terasa kami pun balik ke pejabat.Disini saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan bathin kepada members yang terlibat sewaktu membuat kerja ukuran Titik Kawal Parit Buntar.Member member itu ialah NIT SIN,AZMAN RANI,OSMAN OMAR,SHAHUDDIN,FADZIL,ZIKI,CIKGU NIZAM,SAARI,NOR ZAMRI,PANGLIMA BUKIT GANTANG,HAMIDI,JOHAR,SAHARUDIN,NORASHIKIN,FUZI,HARUN DAN KHAIZI.

Tengok la foto foto lain….. klik la sini…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s