TUKUN/AGAS/PAYUNG.2/9

Krew topo barat di best kem Kg Pasir Panjang Laut sewaktu operasi Agas Payung Tukun.

Menunggu bot di Pulau Tukun Perak untuk ke Pulau Agas.

Krew En Rosli / En Andrew di Pulau Payung Lumut Perak.

Setup peralatan GPS GB 1000 Topcon untuk kerja cerapan Titik Kawal Bumi di Pulau Agas Lumut Perak.

Perjalanan dengan bot ke Pulau Agas.Sebenarnya kerja ini patutnya disiapkan hujung tahun 2007, tapi kerana badjet tidak cukup tambahan pulak waktu itu laut sangat bergelora jadi kami siapkan titik kawal sekitar Lumut dan Pulau pangkor dahulu kerana sekitar tempat ini tidak memerlukan belanja yang banyak sebab cuma mengunakan kenderaan darat tidak mengunakan boat, tetapi bila mengunakan boat perlu mengeluarkan belanja untuk menyewa boat.

Krew krew yang terlibat masih dikekalkan krew tahun 2007 cuma ada sedikit perubahan dari segi pentadbiran.Tahun 2007 Bos kami En Abd Rahman tetapi tahun 2008 En Abd Rahman telah di naikkan pangkat di gantikan Bos baru iaitu En Mustaffa Sahim, cukup sporting kemana sahaja beliau membuat lawatan mesti bermalam bersama sama dengan kami di kem.

2007.Bagi tahun ini kem kami diBalai Raya Kg Pasir Panjang, kami mendapat kebenaran untuk menjadikan Balai Raya ini sebagai kem kami dari Ketua Kampung Pasir Panjang, waktu itu tiada masaalah yang timbul bagi menduduki Balai Raya ini, tetapi untuk kali ini timbul masalah dan kami tidak dibenarkan lagi menduduki Balai Raya tersebut,ini disebabkan perubahan Pucuk pimpinan Negeri Perak dahulu Barisan Nasional kemudian PKR dan baru ini digantikan olih Barisan Nasional semula,disinilah berlakunya percangahan pengurusan pentadbiran dan yang mendapat kesusahannya ialah rakyat sendiri.

Akhirnya kami dapat sebuah rumah untuk disewa yang tidak jauh dari situ,ini atas usaha kami beramai ramai mencari rumah untuk dijadikan kem,usaha kami tidak sia sia, pasukan En Rosli dengan En Othman berjaya mendapatkan rumah ini.Sebelah malamnya kami telah berjumpa dengan En How iaitu tuan punya boat untuk membincangkan mengenai urusan penyewaan boat.

Bagi urusan ukuran Titik Kawal Bumi Lumut tahun 2007 pegawai kerjaluar yang terlibat ialah En Halim [ sekarang bertukar ke Kelantan ],En Saiful Azli,En Nizam,En Hazaldin,En Rosli dan En Fareez,untuk ukuran kali ini lebih di tumpukan sekitar Lumut dan Pulau Pangkor sahaja.

Untuk kerja Titik Kawal Lumut,bagi Pulau Agas, Pulau Payung dan Pulau Tukun Perak pegawai yang terlibat En Saiful,En Nizam,En Hazaldin ,En Rosli,dan En Andrew.Krew krew lain yang terlibat,En Molok,En Saari,En Mad Jak,En Lut,En Johar,EnKhaizi,En Azman Rani,En Azman Mohd,En Saharuddin,En Yuzri,En Mohamad,En Rosman,En Zainal,En Aziz,En Ramli,En Zamri,En Sabri,En Razali,En Zuki,En Nik,En Awie,En Azan,En Fadzil dan tidak ketinggalan Pilot kami yang menghantar kami ke Jeti Lumut En Harun dan En Othman.

Kami sangat berbesar hati sewaktu operasi ke Pulau Agas Bos kami turut serta [ En Mustaffa Sahim PPUT W.Barat K.L ]

Bagi bulan Febuary, kerja yang dijalankan olih topografi wilayah barat melibat kan Pulau Pulau,4 team membuat kerja Titik Kawal Bumi sekitar Pulau Ketam di Kelang , 2 team pergi membuat tinjauwan ke Pulau Terumbu Tengah ( Midlle Rock ) di Johor,sementara 2 team membuat kerja CATMAPS di Port Dickson.

Untuk melihat keseluruhan photo sewaktu operasi Agas Tukun Perak dan Payong sila klik disini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s