AMALAN KERJA UKUR

Seksyen Topografi Semenanjung Malaysia mempunyai empat Cawangan, Cawangan cawangan tersebut terdiri dari Cawangan Topografi Wilayah Barat beribu[ejabat di Ibu Pejabat JUPEM atau Jabatan Ukur dan Pemetaaan Malaysia jalan Semarak bersebelahan dengan JUPEM atau diawal tahun 80an dahulu dekenali sebagai Wisma Keramat dan setelah berlaku kebakaran di tingakat 13 dan 14 pada tahun 90an dahulu [saya tidak ingat tarikh sebenarnya ]ditutup sementara, selepas dibuka semula ditukar lah nama kepada Wisma Tanah [ sebab nama Kementerian waktu itu Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi waktu itu Menteri nya YB Datuk Kasitah Gadam ]Satelah pejabat kerajaan berpindah ke Putra Jaya Wisma ini diambil alih JUPEM sepenuhnya dan di tukar lagi namanya kepada Wisma JUPEM.

Perlu dingat blog yang ditulis ini merupakan blog persendirian bukan lah blog rasmi jabatan, apa apa artikal,atau saranan atau dari segi susunan perkataan dan ayat merupakan susunan dari penulis blog itu sendiri,tujuan blog ini ditulis adalah untuk berkongsi pengalaman dan disamping itu untuk belajar menulis dan juga bagi memenuhi masa yang terluang.

Sambung semula cerita di atas tadi,keempat cawangan topografi ini adalah cawangan kerja luar.Kerja Khusus bagi cawangan topografi ini ialah membuat peta dan sekali gus mengkemaskini peta peta yang telah dibuat dizaman british dahulu dan sahingga lah sekarang,untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis pekerjaan dan peranan peranan yang dimainkan olih seksyen topografi ini sila lawati laman web JUPEM sila klick disini.

Saya memasuki seksyen topografi ini diawal tahun 1982 bulan febuary ,kalau bulan feb awal lah kan!..waktu itu saya ditempatkan di Ibu Pejabat Topografi tingkat 5 bangunan ukur jalan Gurney [ sekarang jalan semarak ]semasa pendaftaran saya bertiga en abdul rahman dan en azizan.en rahman sekarang ini saya dendar tiadak berapa sihat tak berapa bulan lagi akan bersara ,sementara en azizan masih lagi bertugas diibu pejabat topografi tkt 5 bangunan ukur.Pengarah Ukur Topografi ketika itu en Chi Wee Thong dan Timbalan ialah en Abdul Majid Mohamad, baik orangnya,

Sewaktu diibu pejabat dahulu bos bos cawangan sangat tegas,mungkin bos dulu dulu dilatih orang british jadi ketegasan masih terikut ikut tapi walaubagaimana pun cara mereka ini bagus melatih kita supaya lebih berdisplin,cuba bayangkan bayangkan aje la…pencil untuk menulis itu jika sudah sampai pangkal dah habis lah maksudnya..jika hendakkan yang baru mesti tunjukkan yang dah pendek tu.. atau kita disuruh sambung pencil yang dah tinggal 1 inci dengan kertas dan akan bolih digunakan lagi…itu lah kita ini sekarang terlalu boros, tenguk orang dulu cukup berjimat dan cukup bercermat

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.