BITCOIN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bitcoin merupakan wang elektronik yang dicipta pada tahun 2009 oleh Satoshi Nakamoto. Nama tersebut juga dikaitkan dengan perisian sumber terbuka yang dirancang oleh beliau, dan juga menggunakan rangkaian peer-to-peer tanpa simpanan terpusat atau pentadbir tunggal di mana Jabatan Kewangan Amerika Syarikat menyebut bitcoin sebuah mata wang yang terdesentralisasi . Tidak seperti mata wang pada umumnya, bitcoin tidak tergantung dengan mempercayai penerbit utama. Bitcoin menggunakan sebuah database yang didistribusikan dan merebak ke nodus dari sebuah rangkaian P2P ke jurnal transaksi, dan menggunakan kriptografi untuk membekalkan fungsi-fungsi keselamatan asas seperti memastikan bahawa bitcoin-bitcoin hanya dapat dihabiskan oleh orang yang memilikinya, dan tidak pernah boleh dilakukan lebih daripada satu kali.

Reka bentuk Bitcoin memperbolehkan untuk pemilikan tanpa identiti (anonymous) dan pemindahan kekayaan. Bitcoin dapat disimpan di komputer peribadi dalam sebuah format file wallet atau di simpan oleh sebuah servis wallet pihak ketiga, dan terlepas dari semua itu Bitcoin dapat dihantar melalui internet kepada sesiapa pun yang mempunyai sebuah alamat Bitcoin. Topologi peer-to-peer bitcoin dan kurangnya pentadbiran tunggal membuatnya tidak mungkin untuk pihak berkuasa, kerajaan dan sebagainya untuk memanipulasi nilai bitcoin atau menyebabkan inflasi dengan menghasilkan lebih banyak bitcoin.

Bitcoin ialah salah satu dari perlaksanaan pertama daripada yang disebut matawang kripto (cryptocurrency), pertama kali di deskripsikan oleh Wei Dai pada tahun 1998 dalam senarai mel cypherpunks.

Bitcoin bergantung pada jumlah pemindahan di antara akaun awam menggunakan kriptografi kunci awam. Semua transaksi terbuka kepada umum dan disimpan dalam sebuah pangkalan data teragih. Untuk menghalang perbelanjaan-ganda, rangkaian mengimplementasikan sebuah pelayan masa yang teragih, menggunakan idea perantaian bukti dari kerja. Keseluruhan sejarah dari transaksi telah disimpan dengan semestinya dalam pangkalan data dan untuk mengurangkan ukuran dari tempat simpanan, sebuah pepohon Merkle digunakan.

Perisian Bitcoin dijalankan pada Windows 7

Rantai yang paling utama (hitam) terdiri dari siri terpanjang yang berasal dari dari blok awal (hijau) dari blok yang sekarang. Blok yang tidak berpemilik (ungu) terdapat di luar rantai utama.

Sebarang transaksi yang disiarkan ke nodus-nodus lain tidak terus menjadi rasmi hingga diakui dalam sebuah daftar-masa yang telah dicap dari semua transaksi yang diketahui, iaitu disebut sebagaiblokrantaian. Pengakuan ini berasal dari sebuah sistem yang-diyakinijalan untuk menghalang perbelanjaan anda dan pemalsuan.

Bitcoin bergantung pada jumlah pemindahan di antara akaun awam menggunakan kriptografi kunci awam. Semua transaksi terbuka untuk umum dan disimpan dalam sebuah database yang didistribusikan. Untuk menghalang pengeluaran berganda, rangkaian mengimplementasikan sebuah pelayan masa yang di distribusikan, menggunakan idea perantaian bukti dari kerja. Keseluruhan sejarah dari transaksi-transaksi telah di simpan dengan semestinya dalam database dan untuk mengurangi ukuran dari tempat simpanan, sebuah pepohon Merkle digunakan.

Bitcoin mengandungi kunci awam (alamat) si pemilik semasa. Ketika pengguna A menghantar suatu nilai ke pengguna B, A akan melepaskan nilai pemilikan mereka dengan menambahkan kunci awam (alamat) B ke syiling-syiling tersebut dan menandatanganinya dengan kunci peribadi dia sendiri.Kemudian dia akan menyiarkan bitcoin ini dalam sebuah mesej yang sesuai, atau disebut transaksi, di dalam rangkaian peer-ke-peer. Sisa dari nodus-nodus rangkaian menvalidasi tanda tangan kritografi dan jumlah dari transaksi sebelum menerimanya.

Rangkaian Bitcoin secara rawak membuat dan mengedarkan bitcoin yang baru sekitar 6 kali dalam satu jam ke seseorang yang menjalankan perisian dengan opsyen ‘menghasilkan syiling’ yang telah dipilih sebelumnya. Setiap pengguna berpotensi menerima sekumpulan dengan menjalankan opsyen itu, atau program yang telah dikhususkan untuk dijalankan di alat yang pengguna punya (contohnya kad grafik – VGA). Menghasilkan bitcoin ialah sering diistilahkan sebagai “melombong”, sebuah istilah yang sama dengan analogi perlombongan emas. Mengenai kebarangkalian kemungkinan bahawa seorang pengguna akan menerima sekumpulan sangat bergantung pada kuasa komputasi yang disumbangkan ke rangkaian yang juga berhubungan dengan gabungan kuasa komputasi dari semua nodus.[17] Jumlah bitcoin yang dibuat dalam setiap kumpulan ialah tidak lebih dari 50 BTC, dan seiringan dengan masa penghargaannya juga telah diprogramkan untuk berkurang hingga ke titik sifar, dengan begitu tidak akan terdapat lebih dari 21 juta bitcoin yang akan terdapat. Seiring dengan pembayaran berkurang, maka motif dari pengguna tersebut diharapkan akan berubah untuk mendapatkan kos transaksi.

Semua nodus yang menghasilkan dari rangkaian ialah berkompetisi untuk menjadi yang pertama dalam mencari sebuah penyelesaian untuk sebuah masalah kriptografi mengenai blok kandidatnya, sebuah masalah yang menghendaki pengulangan percubaan dan kesalahan. Ketika sebuah nodus mendapati sebuah penyelesaian yang benar, maka akan mengumumkannya ke baki rangkaian dan menuntut sekumpulan bitcoin. Ahli-ahli rangkaian akan menerima blok yang telah dipecahkan dan menvalidasikannya sebelum menerima secara penuh, dan menambahkannya ke rantai. Nodes dapat memperkerjakan Unit Pemproses Pusat mereka menggunakan pelanggan piawai atau menggunakan perisian lainnya yang memanfaatkan kuasa dari Unit pemprosesan grafik mereka.Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; rujukan tanpa kandungan mestilah mempunyai namaRalat petik: Tag <ref> tidak sah; rujukan tanpa kandungan mestilah mempunyai namaRalat petik: Tag <ref> tidak sah; rujukan tanpa kandungan mestilah mempunyai nama Pengguna juga dapat menghasilkan bitcoin secara kolektif.Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; rujukan tanpa kandungan mestilah mempunyai nama

Oleh sebab setiap satu blok akan dihasilkan setiap 10 minit, maka setiap node secara berasingan menetapkan ulang kesukaran dari masalah yang dicoba untuk dipecahkan setiap dua dua minggu sekali untuk setiap perubahan dari kuasa keseluruhan unit pemproses pusat (CPU) dari rangkaian peer-ke-peer.

Bitcoin ialah sebuah implentasi peer-to-peer dari usul b-money oleh Wei Dai dan usul Bitgold oleh Nick Szabo. Prinsip dari sistem secara umum telah dideskripsikan pada tahun 2008 oleh Satoshi Nakamoto.

Seseorang yang menyertai rangkaian bitcoin mempunyai sebuah “dompet” yang menyimpan beberapa keypair, iaitu keypair kritografi. Kunci awam – kunci awam, atau alamat -alamat bitcoin, yang bertindak sebagai tujuan akhir (endpoint) menghantar atau menerima untuk semua pembayaran. Kunci peribadi yang berkait hanya memperbolehkan pembayaran hanya dari user itu sendiri. Alamat – alamat tidak mengandung sebarang maklumat mengenai pemiliknya dan secara umum tidak diketahui.[2] Alamat-alamat dalam format yang dapat dibaca manusia terdiri dari angka-angka dan huruf-huruf rawak yang panjangnya sekitar 33 aksara, dalam format 1rYK1YzEGa59pi314159KUF2Za4jAYYTd. Pengguna bitcoin dapat mempunyai banyak alamat, dan faktanya dapat mengenerasi alamat baru tanpa sebarang had, kerana membuat sebuah alamat baru bersifat segera, setanding dengan membuat sebuah umum/peribadi pasangan kunci baru, dan tidak memerlukan hubungan dengan sebarang nodus dalam rangkaian. Dalam membuat tujuan-tunggal/kegunaan-tunggal alamat-alamat dapat membantu anonimiti user tersebut.

Bitcoin mengandung kunci awam (alamat) sang pemilik yang sekarang. Ketika pengguna A menghantar suatu nilai ke pengguna B, A akan melepaskan nilai pemilikan mereka dengan menambahkan kunci awam (alamat) B ke syiling – syiling tersebut dan menandatanganinya dengan kunci peribadi dia sendiri.[22] Kemudian dia akan menyiarkan bitcoin ini dalam sebuah mesej yang sesuai, atau disebut transaksi, di dalam rangkaian peer-ke-peer. Sisa dari nodus rangkaian menvalidasi tanda tangan kritografi dan jumlah transaksi sebelum menerimanya.

Rangkaian Bitcoin secara rawak membuat dan mengedarkan sekumpulan bitcoin yang baru sekitar 6 kali dalam satu jam ke seseorang yang menjalankan perisian dengan opsyen ‘menghasilkan syiling’ yang telah dipilih sebelumnya. Setiap pengguna berpotensi menerima sekumpulan dengan menjalankan opsyen itu, atau program yang telah dispesialisasikan untuk dijalankan di alat yang pengguna punya (contohnya kad grafik – VGA). Penghasilan bitcoin sering diistilahkan sebagai “melombong”, istilah yang diibaratkan dengan perlombongan emas. Mengenai kebarangkalian kemungkinan bahawa seseorang pengguna akan menerima sekumpulan bitcoin sangat bergantung pada kuasa komputasi yang disumbangkan ke rangkaian yang juga berhubungan dengan gabungan kuasa penghitungan dari semua nodus.Jumlah bitcoin yang dibuat dalam setiap kumpulan tidak lebih daripada 50 BTC, dan seiringan dengan masa penghargaannya juga telah diprogramkan untuk berkurang hingga ke titik sifar, dengan begitu tidak akan terdapat lebih daripada 21 juta bitcoin yang akan terdapat. Seiring dengan pembayaran berkurang, maka motif pengguna tersebut diharapkan akan berubah untuk mendapatkan

Dikarenakan nodus tidak diwajibkan menyertakan transaksi dalam setiap blok yang mereka hasilkan, penghantar bitcoin dapat juga secara sukarela membayar kos transaksi. Dengan melakukan itu akan mempercepat transaksi tersebut dan membekalkan insentif untuk pengguna – pengguna yang menjalankan nodus, terutamanya ketika kesukaran  menghasilkan bitcoin ditingkatkan atau hadiah dari setiap jumlah blok berkurang seiring masa. Nodus menghimpun kos transaksi yang dikaitkan dengan semua transaksi yang dimasukkan dalam blok-kandidat mereka.

Berbeza dengan mata wang fiat biasa, bitcoin berbeza dalam hal tidak terdapat kawal selia yang dapat mengawal nilai disebabkan sifatnya yang desentralisasi, pengurangan peredaran dapat menyebabkan ketidakstabilan yang biasanya disebabkan oleh bank-bank pusat.[23] Terdapat pula pengawalan inflasi secara terhad yang diimplementasikan dalam perisian Bitcoin, tetapi itu dapat diramal dan diketahui oleh semua pihak. Kerana itulah inflasi tidak dapat dimanipulasi dari pusat untuk memengaruhi pengagihan semula nilai dari khalayak ramai.

 

KREDIT WIKIPEDIA AWAM